Rasmus Paludan koyak hati umat Islam

Iklan
Penunjuk perasaan membakar gambar Rasmus Paludan di kedutaan Sweden di Istanbul, Turkiye. - AFP

DALAM minggu ini, dunia Islam dicuit dengan tindakan Islamofobia seorang pelampau sayap kanan Sweden-Denmark yang membakar senaskhah al-Quran.

Rasmus Paludan ialah Ketua Stam Kurs yang berada di bawah perlindungan polis diberi kebenaran untuk membakar kitab suci itu di hadapan Kedutaan Turki di Stockholm, sebagai tanda protesnya kepada negara Islam dan imigran.

Iklan
Iklan

Sedikit mengenai watak antagonis ini, sejak melangkah masuk ke dunia politik pada tahun 2017, Paludan sememangnya mengecam dan tidak bersetuju dengan dunia Islam.

Lelaki ini juga digelar sebagai ekstremis sayap kanan yang kerap bersuara mengenai penentangan terhadap Islam dan pendatang asing.

Iklan

Berbalik kepada tindakannya baru-baru ini, bukan sahaja Malaysia, malah seantero dunia mengutuk perilaku Paludan yang dengan bersahaja membakar al-Quran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, menggesa kerajaan Sweden untuk mengambil tindakan keras terhadap Paludan dan memastikan adanya usaha drastik dari negara itu menangani anti-Islam.

Iklan

Tegas Anwar lagi, sekiranya kerajaan Sweden masih berlengah untuk ‘menghukum Paludan, sentimen Islamofobia di negara Scandinavia tersebut kelak akan bermaharajalela.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang senada dengan Anwar pula menggesa Sweden memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

Menurut Kementerian Luar Mesir, tindakan membakar al-Quran oleh pemimpin adalah satu ‘perbuatan yang memalukan’.

Negara itu juga memberi amaran bahawa perbuatan Paludan akan membangkitkan kemarahan ratusan juta umat Islam di seluruh dunia.

Untuk rekod, beberapa negara dunia juga melontarkan kecaman dan tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin sayap kanan itu. Ia termasuklah Emeriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait, Pakistan dan banyak lagi.

Malah, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta Sweden untuk menghukum mereka yang berada di belakang jenayah kebencian agama susulan tindakan tidak bermoral Paludan.

Namun, tahukah anda sosok anti-Islam ini sebenarnya pernah membuat onar menentang dunia Islam dan migran sejak tahun 2019 lagi.

Bagaimanapun, dek kerana diamnya kerajaan Sweden, Paludan dilihat semakin ‘besar kepala untuk menindas umat Islam.