Kenderaan 'tin sardin' undang bahaya

Iklan
Laporan muka hadapan Sinar Harian pada Selasa.

SHAH ALAM - Kawalan terhadap kenderaan akan terjejas jika dinaiki melebihi muatan sekali gus mendedahkan risiko bahaya kepada pemandu dan penumpang.

Perunding keselamatan jalan raya, Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud berkata, kenderaan akan menjadi lebih berat apabila melebihi kapasiti serta memberikan kesan terhadap cengkaman tayar dan memerlukan jarak yang lebih jauh untuk membrek.