2 maut, 5 cedera dalam serangan pisau di Jerman

Iklan
Gambar hiasan

FRANKFURT - Dua orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di utara Jerman pada Rabu, kata pegawai.

Menurut Xinhua seorang lelaki menyerang penumpang dengan pisau di dalam kereta api yang dalam perjalanan dari Kiel ke Hamburg kira-kira jam 3 petang waktu tempatan sebelum tiba di stesen Brokstedt.

Iklan
Iklan

Dia ditangkap tidak lama selepas itu, kata jurucakap polis.

Stesen itu kemudiannya ditutup oleh polis untuk membolehkan perkhidmatan kecemasan meneruskan kerja.

Iklan

Pengendali kereta api milik negara Jerman Deutsche Bahn mengumumkan di Twitter bahawa akan ada pembatalan perjalanan kereta api antara Hamburg, Kiel dan Neumuenster.

Jurucakap polis di Itzehoe, sebuah bandar berhampiran Brokstedt, berkata mereka masih menunggu butiran lanjut. - Bernama

Iklan