Seri Sementa Bikers Community manfaatkan pengisian MQT 2.0

Iklan
Ahli Seri Sementa Bikers Community bersama pentadabbur, Fazrul Ismail (lima dari kiri), qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan Felo Daie Pekak USIM, Azlina Mohamed Isa.

SHAH ALAM - Seri Sementa Community Bikers menyertai program My #QuranTime (MQT) 2.0 kali kedua bagi memberi pengisian rohani yang diadakan di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada 21 Januari lalu.

Penasihatnya, Datuk Saiful Nizam Datuk Abdul Hamid berkata, sebelum ini seramai 25 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai MQT 2.0 pada 12 Januari 2023.

Iklan
Iklan

"Melalui maklumat seorang rakan, kami diajak sertai program berinteraksi dengan al-Quran. Atas ajakan tersebut, Seri Sementa Community Biker berjaya mengumpul ahli untuk mengisi masa dengan majlis ilmu.

"Syukur, saya mendapat maklum balas yang positif daripada kalangan peserta kerana dapat mendekati al-Quran dan memahami maknanya.

Iklan

"Kunjungan kali kedua ini juga menyuntik semangat untuk menghayati kalam ALLAH yang disampaikan oleh pentadabbur, Fazrul Ismail. Selain itu, kami dapat mempelajari ilmu tajwid dan bahasa al-Quran untuk difahami," katanya.

Beliau berkata, walaupun mereka meminati dunia permotoran, namun ilmu akhirat tidak dilupakan, malah aktiviti tersebut dapat mengimbangi antara dunia dan akhirat.

Abdul Hadi Hussin

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Seri Sementa Bikers Community, Abdul Hadi Hussin berkata, ada kalangan peserta menjadi pengikut MQT 1.0.

"Program tersebut memberi ilmu bermanfaat melalui penyampaian tadabbur dan bacaan qari. Hasil perbincangan dengan ahli kumpulan, mereka teruja untuk mencari saham akhirat dengan menyertai MQT 2.0. Kita harap lebih ramai kalangan ahli untuk ikuti MQT 2.0 dari masa ke masa," katanya.

Tambah beliau, Seri Sementa Bikers Community kini disertai oleh 43 orang yang terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, bekerjaya dan suri rumah.

"Kami bermula dengan berkongsi hobi yang sama menunggang motosikal sejak dari 2016. Ketika berbincang bersama mereka, tercetus idea untuk mengisi aktiviti faedah dengan beramal.

"Sejak itu, kami mengumpul dana sendiri untuk disampaikan kepada rumah anak yatim dan maahad tahfiz. Tahun lepas, kami mengadakan misi bantuan banjir kepada penduduk yang terjejas,” katanya.

Kini, lebih 600 ribu penonton ikuti siaran MQT.20 secara hibrid sejak pelancaran program tersebut pada 14 Disember 2023 sehingga kini.

Sebanyak 2,111 episod bersiaran di semua platform digital seperti YouTube dan Facebook My #QuranTime Official, Sinar Harian, Karya Bestari dan Ideaktiv pada jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari setiap hari.

Untuk menonton siaran ulangan dan secara langsung MQT 2.0, sila lawati di https://www.youtube.com/@MyQuranTime. Untuk maklumat lanjut MQT 2.0, sila layari Facebook My QuranTime Official.