Program TVET dicadang distruktur semula, elak pembaziran

Iklan
Hannah ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan MPBN Sidang II, Penggal ke-33 2021-2022 di Pusat Belia Antarabangsa pada Khamis. - Foto Bernama

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) meminta kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menstruktur semula program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam pelaksanaannya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program TVET yang kini dilaksana pelbagai kementerian perlu dikendalikan satu kementerian sahaja.

Iklan
Iklan

"TVET ini dilaksana pelbagai kementerian yang mempunyai program masing-masing sehingga menimbulkan kekeliruan buat pemain industri selepas mereka tamat latihan dari sudut penggajian dan sebagainya.

"Tidak perlu semua kementerian buat program TVET masing-masing kerana ia akan nampak tidak terurus selain tidak fokus serta akan ada pembaziran berlaku,” katanya semasa merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang Kedua (MBPN) di Pusat Belia Antarabangsa di sini pada Khamis.

Iklan

Sebagai contoh, beliau berkata, jika satu kementerian memperuntukkan RM50 juta bagi tujuan menaik taraf program TVET, namun pengambilan pelajar itu tidak mencapai tahap maksimum lalu ia akan menjurus kepada pembaziran dari segi tenaga kerja pada masa akan datang.

Beliau berkata, KBS pada masa sama sedia bekerjasama membantu Kementerian Sumber Manusia bagi tujuan penstrukturan semula itu dan berpendapat program dilaksanakan dalam TVET juga perlu kekal relevan dengan permintaan golongan belia masa kini.

Iklan

"Ada banyak program mungkin popular masa zaman saya bersekolah tapi sekarang dengan adanya ekonomi gig ramai belia mementingkan soal waktu kerja fleksibel. Pandangan mereka kini juga sudah berbeza terhadap TVET, kalau kita masih buat program tidak menarik perhatian sudah tentu tidak dapat penyertaan menyeluruh golongan belia,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid. - Bernama