Bentley saingan terbaharu Jose Sa di Molineux

Iklan
Bentley

WOLVERHAMPTON Wanderers telah menandatangani kontrak penjaga gol, Daniel Bentley dari Bristol City selama dua setengah tahun, dengan pilihan untuk dua tahun tambahan, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Khamis.

Bekas kapten Bristol City itu akan bermain di saingan tertinggi liga Inggeris buat pertama kali dalam kariernya selepas memulakan karier di Braintree, Southend United dan Brentford.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, penjaga gol berusia 29 tahun itu merupakan pembelian kelima pada jendela perpindahan Januari kelab kendalian Julen Lopetegui.

Kehadiran Bentley sekali gus menghadirkan saingan kepada penjaga gol pilihan pertama dari Portugal, Jose Sa di Stadium Molineux.

Iklan
Iklan

Wolves yang kini berada di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris dan akan menjadi tuan rumah Liverpool pada 4 Februari.