Pantau Air Sungai Sarawak

Iklan
Beberapa anggota Agensi Pertahanan Awam melakukan pemantauan kenaikan air sungai di Sungai Sarawak berhampiran Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak berikut hujan berterusan di beberapa bahagian negeri Sarawak hari ini.

Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS), dibuka yang menempatkan seramai 53 mangsa daripada 16 keluarga berikutan hujan lebat di daerah Lundu dan Sematan lewat malam tadi.

MetMalaysia turut meramalkan beberapa kawasan di Sarawak antaranya Kuching, Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang dijangka mengalami cuaca ribut petir pada sebelah petang dan malam ini.