Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Kelantan diperluas

Iklan
Seorang pemuda dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama bapa saudara dan rakan terbalik di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Guillemard, Machang pada Selasa. (Gambar kecil: Che Hishamuddin)

KOTA BHARU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan berhampiran Pangkalan Pasir Haji Pa di Paloh Rawa, Machang diperluaskan sejauh 18 kilometer persegi.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sehingga jam 5.30 petang Khamis, mangsa, Muhammad Hisyamuddin Che Zulkifly, 23, masih belum ditemukan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga kini seramai 51 anggota pasukan keselamatan termasuk polis, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dibantu sukarelawan meneruskan operasi SAR pada hari kedua.

"Keadaan cuaca yang tidak menentu dan arus sungai deras menyukarkan operasi menyelamat," katanya pada Khamis.

Iklan

Muhammad Hisyamuddin bersama bapa saudara, Mohd Subry Che Ahmad, 39, serta rakan, Muhamad Riduan Hatta, 23, turun ke sungai pada Selasa untuk memasang pukat di kawasan Pasir Sena, Kusial.

Bagaimanapun, pada jam 8.45 malam hari yang sama ketika dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Pasir Haji Pa, bot pancung dinaiki mereka terbalik berhampiran Pangkalan Pasir Hendry selepas terlanggar tali sauh feri pasir.

Iklan

Bagaimanapun, dua daripadanya dapat berpaut pada tali sauh feri pasir sebelum berenang ke tepi sungai.