Tinggalkan bandar, pilih jadi 'homesteader'

Iklan
Zarah bersama suami, Noah Ibrahim serta anak-anak iaitu Omar Damien, 10; Ali Mikael, 8; Hanaan Elena, 5 dan Fatimah Azzahra, 3.

KUALA TERENGGANU - Sebuah keluarga memilih untuk berpindah dari bandar ke Pantai Penarik di daerah Setiu, Terengganu untuk memulakan kehidupan dengan gaya hidup sara diri atau sebagai 'homesteader'.

Zarah Ariffin Alkhadri, 39, berkata, mereka sekeluarga berasal dari Damansara Jaya dan Kajang, Selangor mula berpindah ke negeri itu ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama yang dikuatkuasakan pada Mac 2020.

Iklan
Iklan

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, dia dan suami, Noah Ibrahim Wells, 38, nekad keluar dari zon selesa dan kini berjaya meminimumkan perbelanjaan dan menjimatkan kos sara hidup dengan memanfaatkan barangan terpakai serta menghasilkan produk dari sumber alami.

"Mula-mula pindah kami duduk di Kuala Terengganu, selepas setahun kami berpindah lagi dan menyewa rumah di Setiu untuk lebih dekat dengan pantai.

Iklan

Hanaan Elena bersama hasil tanaman yang ditanam di sekitar rumah di Setiu.

"Suasana rumah di Setiu lebih sesuai untuk kami usahakan sesuatu yang baharu berasaskan bahan alami serta mendekatkan anak-anak dengan alam semula jadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Menurut Zarah, dia mula menghasilkan produk sabun sejak 2013 dan produk berasaskan daun gelenggang pada 2017 apabila anak ketiganya, Hanaan Elena, 5, mengalami masalah ekzema pada bahagian wajah ketika masih bayi.

"Kebetulan ada pokok gelenggang tumbuh di tepi sungai berdekatan rumah, jadi saya hasilkan balsam (balm) untuk anak dan hasilkan lebih untuk jualan. Syukurlah maklum balas diterima amat menggalakkan dan ia masih diteruskan sehingga hari ini.

"Di samping balsam, terdapat beberapa produk lagi yang dihasilkan daripada daun gelenggang iaitu sabun, minyak dan teh," ujarnya.

Zarah berkata, dia belajar menghasilkan produk melalui YouTube namun bagi penggunaan propolis kelulut dia menyertai kursus di bawah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MARDI).

"Bagi penggunaan propolis kelulut, kami ada sertai kursus memandangkan kami juga memelihara kelulut ketika itu.

"Bagi homesteading pula, kebanyakannya kami belajar dari kursus permakultur pada 2013 bagi menggunakan bahan lestari untuk menghasilkan tanaman atau menguruskan kebun," katanya.

Zarah menunjukkan sebahagian produk yang dihasilkan dan dipasarkan melalui mediun TikTok dan Shopee.

Menurut Zarah, produk yang dihasilkan dipasarkan melalui platform TikTok (zarah_barakahorganic) dan Shopee (barakahorganic) antaranya sabun, minyak zaitun, herba, sabun basuh pinggan dan sabun basuh baju yang mesra ekzema.

Selain itu, Zarah dan suami juga mengadakan tutorial dan bengkel pembuatan sabun serta jualan pokok atau bunga yang ditanam sendiri.

"Bahan asas pembuatan sabun ialah minyak. Lain minyak lain hasil sabunnya. Minyak zaitun menghasilkan sabun yang sangat melembabkan tetapi tak berbuih.

"Minyak kelapa pula menghasilkan buih yang banyak tetapi agak mengeringkan kulit. Sabun kami menggunakan kombinasi minyak yang menghasilkan sabun 'just nice'.

"Sabun basuh baju dan sabun basuh pinggan yang kami hasilkan menggunakan minyak masak terpakai yang kami kumpul daripada kawan-kawan atau jiran," katanya.

Zarah berkata, balsam dan minyak gelenggang dihasilkan menggunakan minyak sawit merah yang amat tinggi kandungan vitamin E tokotrienol yang mempunyai pelbagai kandungan khasiat bermanfaat bagi tubuh badan.

"Balsam ada tambahan bahan lilin lebah tualang dari hutan Malaysia dan propolis dari kelulut Malaysia. Kami cuba menggunakan semua bahan-bahan lokal.

"We grow our own food, menjual hasil kebun dan produk homemade. Apa yang kami jual ialah apa yang kami pakai untuk keluarga kami. Oleh kerana kaluarga kami ada penghidap ekzema, maka produk kami lebih kepada ekzema. Semua adalah semula jadi," ujar graduan Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.

Zarah berkata, apa yang dilakukan keluarganya termasuk didikan kepada anak-anak kelihatan berbeza berbanding kelaziman individu lain, namun ia gaya hidup yang diimpikan bagi meminimumkan sisa pelepasan dan sampah (zero waste living).

Zarah memberitahu, antara yang dilakukan bagi meminimumkan pembaziran ialah pindah ke luar bandar, tanam sendiri makanan seperti sayur, buah serta menternak ayam.

Selain itu, sudah menjadi kelaziman buat mereka memakai pakaian pemberian kawan-kawan atau beli di kedai bundle atau second hand, melakukan sendiri (DIY) berbanding beli, memiliki rumah yang minimalis dengan tidak membeli perabot.

"Kami sering membeli barang-barang preloved atau yang sudah digunakan. Cari sumber percuma, kutip bahan terbuang. Cari buah-buah atau ulam atau tumbuhan liar.

"Cari kepah, remis, lokan sendiri serta memancing. Pergi perpustakaan berbanding beli buku. Dalam erti kata lain kami mencari aktiviti percuma dan murah," ujarnya.

"Kerja kami homesteader. Homesteader ialah lifestyle untuk work self sufficiency dan sustainability. We make a living from land using our skills and knowledge.

"Aktiviti seperti 'dumpster diving' atau mencari barangan yang boleh digunakan semula terutama di pasar basah seperti sayur dan buah-buahan dilakukan hampir saban hari.

"Hasil yang diperoleh boleh diberi makan pada ternakan, ditanam semula atau jika ada yang masih elok digunakan untuk dimasak," jelasnya.

Anak-anak Zarah turut mempelajari kaedah ternakan ayam menggunakan sumber bahan lestari dan semula jadi.

Bercerita mengenai cara didikan anak-anak, Zarah berkata, kesemua anaknya 'bebas' dari ketagihan gajet dan dia lebih selesa membiarkan mereka membesar bersama alam semula jadi.

"Nature is free. Pelbagai pelajaran dari alam. Matematik dan Sains ada pada alam. Fibonacci sequence (Matematik) banyak dalam alam misalnya seperti corak benih bunga matahari.

"Secara semula jadinya, kanak-kanak cenderung dengan alam asalkan mereka tidak diberi gajet," ujarnya.