'SAYA sedia dipanggil (menghadap) Lembaga Disiplin UMNO dan rela kena pecat kalau prinsip saya bersuara demi parti dianggap sabotaj.'
Demikian kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar yang mengesahkan beliau bersama empat pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang termasuk anaknya sendiri, telah diberi notis panggilan untuk menghadap Jawatankasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari ini.