Keluarga dorong Southgate kekal di England

Iklan
Southgate (dua dari kanan) kekal membimbing England hingga akhir 2024. - Foto Agensi

DORONGAN keluarga menjadi pertimbangan buat Gareth Southgate untuk kekal melatih England ketika tercetus persoalan mengenai masa depannya selepas berakhir Piala Dunia 2022 bulan lalu.

Jurulatih berusia 52 tahun itu dikritik hebat susulan aksi hambar England di Liga Negara-Negara Eropah sebelum menyertai Piala Dunia di Qatar.

Iklan
Iklan

Southgate merancang untuk meletak jawatan biarpun kontraknya masih berbaki sehingga Disember 2024.

Perjuangan The Three Lions di Qatar terhenti di peringkat suku akhir setelah tewas kepada Perancis 1-2.

Iklan

Southgate mengambil masa seminggu untuk membuat keputusan meskipun masih ada kira-kira 23 bulan sebelum kontrak berakhir tahun depan.

Beliau berkata, sokongan keluarga mempengaruhi keputusannya untuk meneruskan kerjaya membimbing England yang bermula sejak tahun 2016.

Iklan

Southgate membawa England ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan final Kejuaraan Eropah pada tahun 2021.

Fokus Southgate ketika ini adalah kelayakan Euro 2024 apabila England diundi bersama Itali, Ukraine, Macedonia Utara dan Malta dalam Kumpulan C.