KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dilihat menempelak Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya meruntuhkan akhlak orang Melayu.
Dr Mahathir berkata, Najib mula meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana 'Boss' mereka mencuri duit.
"Kata Najib"Nak malu apa, Bossku” apabila Najib curi duit kerajaan maka pengikut setianya pun tidak berasa malu apabila mereka curi duit atau mereka dapat duit yang dicuri oleh Najib. Najib mengajar orang Melayu supaya minta duit percuma. Dalam PRU (Pilihan Raya Umum) orang Melayu rela disogok duit kerana duit yang didapati bukan kerana khidmat bekerja.
"RM100 percuma lebih baik dari gaji RM2,000 sebulan kerana untuk gaji kerja diperlukan. Sebaliknya RM100 untuk undi tidak perlu kerja. Tak bagi duit tak undi. Ini jawapan pengundi PRU15. Sebab itu yang tak bagi duit kalah.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, dahulu apabila dikesan mencuri, orang Melayu akan berasa malu bagaimanapun sebaliknya sekarang.
"Apa nak malu. 'Boss' pun tak malu bila curi berbillion. Inikan pula sedikit sahaja. Nak malu apa. Inilah Melayu Najib. Sampai bila-bila pun kKerajaan Malaysia akan terdiri dari pencuri. Yang tak ada duit dan tidak sogok akan kalah.
"Benarlah Malaysia negara kleptokrasi," tegasnya. - Awani