Enam isu JKN Pahang akan dibawa ke KKM

Iklan
Mohammad Fakhruddin

KUANTAN - Enam perkara yang menjadi keperluan mendesak Jabatan kesihatan Negeri (JKN) Pahang akan dibawa ke perhatian kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Harjeet Singh Hardev Singh pada Selasa depan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, antaranya menaik taraf, membaiki dan menggantikan lebih kurang 61 klinik-klinik kesihatan lama dan daif di seluruh Pahang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkhidmatan sokongan klinik (PSK) di seluruh negeri juga menjadi keperluan untuk ditambah baik.

"Malah, fasiliti kesihatan negeri juga perlu ditingkatkan melalui program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) melibatkan penyelenggaraan dan pembekalan peralatan perubatan untuk 468 fasiliti perubatan serta pergigian.

Iklan

"Kita juga mahu mengadakan semula perbincangan bagi projek-projek dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang dibatalkan atau belum dilaksanakan di seluruh Pahang," katanya pada Khamis.

Beliau menjelaskan status semasa berhubung keperluan fasiliti dan kesihatan di Pulau Tioman turut di bawa ke perhatian pihak KKM.

Iklan

Tambahnya, isu yang diperjelaskan berhubung naik taraf Klinik Kesihatan Tekak (KK) dengan wad pemerhatian dan peluang penyediaan perkhidmatan dewan hiperbarik.

"Selain itu, kita juga akan mendapatkan status semasa terapi okupasi di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKA), Cameron Highlands beberapa isu penting yang lain," katanya.

Mohammad Fakhruddin menjelaskan perkara yang diperincikan itu adalah masalah dan keperluan JKN Pahang yang telah dikenalpasti.

"Semua ini antara perkara penting yang ditekankan Menteri Besar ( Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) berkenaan isu kesihatan demi kemudahan rakyat juga dibincang serta diberi perhatian serius," katanya.