Pemimpin utama ISIS terbunuh dalam serbuan AS di Somalia

Iklan
Operasi ketenteraan AS di Somalia pada Rabu mengorbankan beberapa anggota ISIS. - Foto hiasan/123RF

WASHINGTON - Operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Somalia pada Rabu mengorbankan beberapa anggota ISIS termasuk seorang pemimpin utama kumpulan itu, kata Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin.

"Antara yang terbunuh ialah Bilal-al-Sudani, seorang pemimpin ISIS di Somalia dan pemudah cara bagi rangkaian global ISIS.

Iklan
Iklan

"Al-Sudani bertanggungjawab dalam mengukuhkan dan meningkatkan penglibatan ISIS di Afrika dan membiayai operasi kumpulan itu di seluruh dunia termasuk di Afghanistan,” kata Austin dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Operasi itu dilaksanakan di utara Somalia dan tidak menyebabkan kematian orang awam, menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan