Nelayan tempatan Iswandi Abd Salam, 35, menjala ikan di kawasan perkampungan air Patau-Patau 2 ketika tinjauan hari ini.
Menurut Iswandi, keadaan cuaca buruk dan tidak menentu sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti harian para nelayan di pulau ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sesawangnya mengeluarkan notis bahawa negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula pada November 2022 lalu dan dijangkakan berakhir pada bulan Mac 2023.
Semasa tempoh tersebut, empat hingga enam episod luruan monsun dijangkakan berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut Cina Selatan.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.