Kalau betul, saya nak tengok: Ismail Izzani

Iklan
Ismail Izzani

PENYANYI remaja yang dikenali ramai, Ismail Izzani menafikan dirinya sebagai individu dalam gambar separuh bogel yang tersebar di media sosial beberapa bulan lalu.

Turut mencabar pihak yang tidak bertanggungjawab menyunting gambarnya tampil dengan video penuh, selebriti berusia 19 tahun ini juga kesal dengan apa yang berlaku.

Iklan
Iklan

"Bagi saya benda ini kelakar dan bukan sesuatu yang berat. Zaman sekarang, apa pun boleh jadi.

"Kalau betul itu saya, beri saya video penuh itu, saya nak tengok," katanya memetik laporan mStar Online.

Iklan

Mengakui ada menghubungi pengendali akaun Instagram yang telah menyebarkan gambarnya itu, pemilik nama sebenar Ismail Izzani Zainal Nazeri ini bagaimanapun berasa geram kerana individu berkenaan tidak menunaikan permintaannya.

"Balik-balik kata ada video, tapi dia hanya beri gambar sama sahaja.

Iklan

"Walaupun ramai kecam, tapi ingin saya tegaskan individu dalam paparan skrin itu bukan saya," tegasnya.