Mesyuarat MKT UMNO: Pemimpin mula tiba di WTC

Iklan
Mohamed Khaled tiba di Menara Dato Onn, WTC bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO mula tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada Jumaat.

Perjumpaan kali ini menjadi tumpuan dengan beberapa keputusan besar dijangka diputuskan antaranya mengenai tarikh Pemilihan UMNO pada tahun ini dan penentuan nasib beberapa pemimpin dikaitkan dengan tindakan sabotaj dan mengkritik kepimpinan parti.

Iklan
Iklan

Antara yang dilihat hadir bermula jam 7.45 petang tadi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Ahli Parlimen Lipis yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Ia diikui dengan kehadiran Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ahli MKT, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Iklan

Difahamkan, mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu dijadualkan bermula pada jam 9 malam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis memberi bayangan bahawa mesyuarat MKT pada hari ini akan melakukan pembersihan besar-besaran dan secara tidak langsung memberi isyarat kepada beberapa pemimpin bakal disingkirkan.

Iklan

Antara nama besar pemimpin parti dikaitkan dengan perkembangan itu adalah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO bermesyuarat pada Rabu dipercayai bagi membincangkan status keahlian Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan.

Perkembangan itu dipercayai berlaku susulan tindakan Khairy yang mendakwa wujud 'perwakilan import' ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, baru-baru ini.

Pada perhimpunan baru-baru ini, beliau merupakan antara pihak di dalam UMNO yang secara terbuka tidak bersetuju dengan keputusan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti pada Pemilihan akan datang.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan sebelum ini ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan antara individu yang mahu supaya UMNO segera melakukan perubahan dan turut menyifatkan parti itu telah lari daripada matlamat asal perjuangannya.

Beliau yang tewas ketika bertanding di Parlimen Sungai Buloh, pada pilihan raya baru-baru ini turut secara terbuka menyatakan mahu 'membersihkan' UMNO jika menang di kerusi tersebut.

Sementara itu, Noh dan pemimpin UMNO Bahagian Tanjong Karang pula didakwa terbabit dalam mensabotaj parti pada PRU15 lalu.

Pada PAU 2022 lalu, Noh juga lantang mengkritik parti selepas pemimpin Kelab UMNO Luar Negara dikatakan dihalang berbahas kerana ada kecenderungan mengkritik presiden parti dan tidak setuju dengan usul tiada pertandingan membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tunduk dipecat daripada UMNO: KJ

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan Presiden, MKT lemahkan kebangkitan UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO pecat KJ, Hishammuddin dan Shahril digantung keahlian

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] UMNO gantung keahlian Noh Omar

ARTIKEL BERKAITAN:Noh Omar dipecat selepas pertikai penggantungannya

ARTIKEL BERKAITAN:Noh hadir mesyuarat MKT UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pas Selangor terbuka terima Noh, ahli UMNO

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan bebaskan UMNO dari 'gunting dalam lipatan'

ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan UMNO: 'Jangan pecat bekas pemimpin'