Nekad batal kahwin kerana bakal suami tak pandai matematik

Iklan
Pengantin lelaki itu dikatakan gagal mengira 30 keping wang kertas 10 rupee. - Foto Agensi

NEW DELHI - Seorang pengantin perempuan di India nekad membatalkan perkahwinannya gara-gara bakal suaminya gagal mengira beberapa keping wang kertas 10 rupee.

Kejadian tersebut berlaku di Uttar Pradesh setelah wanita dikenali sebagai Rita Singh, 21, tidak dapat menerima kekurangan pengantin lelaki itu kerana penguasaan matematik yang lemah.

Iklan
Iklan

"Keluarga pengantin perempuan itu kemudiannya memutuskan untuk menguji bakal menantu mereka.

Lelaki itu dikatakan tidak memahami tugasan yang diberikan setelah hanya diminta mengira 30 keping wang kertas 10 rupee," lapor media tempatan.

Iklan

Keluarga pengantin perempuan itu berang kerana tidak dimaklumkan tentang keadaan 'mental rapuh' lelaki tersebut.

Keputusan pembatalan majlis itu bagaimanapun mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua keluarga hingga memaksa campur tangan pihak berkuasa.

Iklan

Polis cuba mendamaikan mereka dan memujuk Rita untuk meneruskan majlis itu, namun dia tetap berkeras dengan keputusannya. - Agensi