SHAH ALAM - Keputusan Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO didakwa hanya akan melemahkan parti itu dalam usaha untuk kembali bangkit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tahun ini.
Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Syed Nasir berkata, sepatutnya Presiden parti perlu bijak membezakan antara dendam politik dan perjuangan mengimbangi kuasa agar Pakatan Harapan (PH) tidak memusnahkan mereka dalam diam.
"Tindakan dan keputusan malam ini (Jumaat) akan dibalas oleh rakyat dalam PRN nanti.
"Setiap tindakan atau strategi parti pasti akan ada kesannya. Timbal balik dan impak yang UMNO bakal terima adalah pertaruhan Presidennya,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat memutuskan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti.
Selain Khairy, UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.
Syed Mohd turut mendakwa, keputusan yang dibuat oleh MKT UMNO tidak ubah seperti menghancurkan parti itu sendiri.
"Ini masa depan parti yang dibuat sesuka hati oleh orang-orang yang membodek, mengangkat dan menjulang Presiden ke langit sehinggakan tidak sedar dengan kehancuran yang berlaku di bawah
"Rakyat dah tolak kita, dengarlah suara kami di bawah ini,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tunduk dipecat daripada UMNO: KJ
ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan Presiden, MKT lemahkan kebangkitan UMNO
ARTIKEL BERKAITAN:UMNO pecat KJ, Hishammuddin dan Shahril digantung keahlian
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] UMNO gantung keahlian Noh Omar
ARTIKEL BERKAITAN:Noh Omar dipecat selepas pertikai penggantungannya
ARTIKEL BERKAITAN:Noh hadir mesyuarat MKT UMNO
ARTIKEL BERKAITAN:Pas Selangor terbuka terima Noh, ahli UMNO
ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan bebaskan UMNO dari 'gunting dalam lipatan'
ARTIKEL BERKAITAN:Pembersihan UMNO: 'Jangan pecat bekas pemimpin'