Rezeki banjir, raih RM200 sehari

Iklan
Firdaus menunjukkan ikan sungai yang diperoleh dengan memasang jaring di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran jalan utama Batu Pahat-Mersing, Kluang, pada Jumaat.

KLUANG - Bagi sesetengah orang, banjir merupakan musibah yang menyebabkan kerugian dan menjejaskan kehidupan harian.

Namun tidak bagi Firdaus Abdullah, 50, dari Kampung Sri Lukut di sini kerana banjir memberikannya rezeki lumayan sejak dua hari lalu.

Iklan
Iklan

Dia memperoleh pelbagai ikan sungai kira-kira 10 kilogram sehari antaranya lampam, sebarau, jelawat, tebakang, baung dan ikan ubi.

"Saya memasang lima kepala jaring sekitar kebun kelapa sawit berhampiran jalan utama Batu Pahat-Mersing dekat kawasan sawah Kahang.

Iklan

"Satu hari tiga kali jaring akan diangkat iaitu pada awal pagi, tengah hari dan lewat petang. Hasilnya amat memuaskan malah ada yang datang menunggu untuk mendapatkan segar atau masih hidup sebagai hidangan bersama keluarga," katanya.

Hasil tangkapan itu dia memperoleh kira-kira RM200 sehari tetapi bergantung kepada kawasan pemasangan jaring.

Iklan

Katanya, hasil tangkapan itu juga keluarganya tidak berhadapan masalah untuk mendapatkan lauk sejak banjir berlaku dua hari lalu.

"Hakikatnya kejadian banjir seperti ini dinantikan sebahagian penduduk di Kampung Sri Lukut.

"Ini kerana boleh mendapatkan pendapatan sampingan keluarga walaupun terpaksa berhadapan banjir di kediaman masing-masing," katanya.