KUALA LUMPUR - Waktu perkhidmatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan hingga pukul 2 pagi ini bagi menyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kesemua perkhidmatan stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir, manakala operasi bas Rapid KL bagi 20 laluan yang terpilih akan dilanjutkan hingga pukul 2.30 pagi.
Menurut kenyataan itu, susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Ampang di antara Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Bandaraya, penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang disediakan untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil.
"Penumpang juga dinasihatkan mematuhi peraturan ketika menggunakan perkhidmatan rel dan bas, termasuk sentiasa memakai pelitup muka,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Berikut ialah 20 laluan bas Rapid KL yang dilanjutkan operasi hingga 2.30 pagi:
173 Lebuh Ampang - Taman Jasa Utama
190 Lin Ho Jalan Lekiu - Hab Desa Sri Hartamas
250 Lebuh Ampang - Stesen LRT Wangsa Maju
772 Hab Pasar Seni - Subang Suria Mah Sing
400 Hab Lebuh Pudu via Bukit Bintang - Damai Perdana
450 Hab Lebuh Pudu - Hentian Kajang
590 Hab Lebuh Pudu - Bandar Sungai Long
600 Hab Pasar Seni - Puchong Utama
640 Hab Pasar Seni - Hab Bas Sri Manja
652 Batu 3 Jalan Klang Lama - Stesen LRT Awan Besar
T580 TPM via Stesen LRT Bukit Jalil - Stesen LRT Awan Besar
T582 Bandar Sri Petaling - Stesen LRT Sri Petaling
300 Lebuh Ampang Hab - Pandan Indah
303 Lebuh Ampang -Taman Mulia Jaya
751 Hab Pasar Seni - Taman Sri Muda
T460 Bandar Teknologi Kajang - Stesen MRT Stadium Kajang
T803 Subang Suria - Stesen MRT Kwasa Sentral
T101 Bukit Rahman Putra - Stesen MRT Sungai Buloh
T102 Kampung Paya Jaras Hilir - Stesen MRT Sungai Buloh
T103 Sutera Damansara - MRT Damansara Damai