Jurulatih Al-Nassr tak takut salahkan Ronaldo

Iklan
Garcia (kiri) menuding jari kepada Ronaldo yang melepaskan peluang menjaringkan gol menjadi punca Al-Nassr gagal meneruskan saingan dalam Piala Super Saudi. - Foto Agensi.

BIARPUN berstatus bintang tidak menjadi masalah buat jurulatih Al-Nassr, Rudi Garcia mengkritik Cristiano Ronaldo yang melepaskan peluang untuk menjaringkan gol sebagai punca kekalahan kepada Al-Ittihad.

Al-Nassr terpaksa akur terlepas peluang untuk meneruskan saingan di Piala Super Saudi, meskipun masih mendahului dalam saingan liga.

Iklan
Iklan

Ronaldo yang membuat penampilan sulung hujung minggu lalu gagal memberi impak ketika Al-Nassr tewas 1-3 hasil jaringan Romarinho, Hamdallah dan Al-Shaqeeti.

Penyerang berusia 38 tahun itu hampir meledak sebelum rehat, namun percubaannya dinafikan oleh Grohe di pintu gawang Al-Ittihad.

Iklan

"Tahniah buat Al-Ittihad. Mereka beraksi lebih baik di babak pertama dan kami cuba bangkit pada separuh masa kedua, malangnya gagal mendapatkan keputusan yang diinginkan.

"Kami kecewa tersingkir daripada Piala Super, tetapi kami masih mendahului dalam saingan liga,” kata Garcia.

Iklan

Ronaldo masih memburu gol pertamanya untuk kelab walaupun aksi pertamanya bermula cemerlang bersama pasukan pilihan Riyadh menentang Paris Saint-Germain.

Ronaldo menghasilkan dua gol ketika tewas kepada pasukan yang diterajui bintang Argentina, Lionel Messi.