Gempar pejabat ketua polis terbakar

Iklan
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran. - Foto : Ihsan bomba

KUALA KANGSAR - Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar gempar apabila mendapati pejabat Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 8.17 pagi dan dua jentera serta sebuah kenderaan Unit Kecemasan Penyelamat Perubatan (ERMS) bersama 15 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi, kita dapati api sedang marak di sebuah bilik di tingkat dua bangunan yang kita percayai bilik ketua polis daerah.

"Kerja-kerja memadamkan kebakaran segera dijalankan dan api berjaya dipadamkan dalam tempoh lima minit,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu Mohd Taufiq berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat punca sebenar serta nilai kerugian yang dialami akibat kebakaran berkenaan.

"Kebakaran berkenaan juga tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya.

Iklan