KPKT teliti setiap projek perumahan sakit

Iklan
Kor Ming

IPOH - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneliti kira-kira 550 projek swasta yang dikenal pasti sebagai perumahan 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pasukan petugas yang baharu ditubuhkan sedang berusaha menyelesaikan permasalahan bagi setiap projek bagi melindungi hak pembeli rumah.

Iklan
Iklan

"Jadi kita dalam proses untuk kenal pasti masalah sebenar projek berkenaan sebelum membinanya semula dengan melantik kontraktor yang berupaya melaksanakannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Kepayang, Fair Park di sini pada Sabtu.

Iklan
Kor Ming (kiri) melihat model perumahan PR1MA pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Kepayang di Ipoh.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) KPKT, Datuk Azhar Ahmad.

Media melaporkan KPKT memandang serius projek perumahan dikategorikan sebagai sakit atau terbengkalai dengan mewujudkan sebuah pasukan petugas bagi mencari penyelesaian terhadap projek perumahan swasta yang terlibat.

Iklan

Pada masa sama, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, KPKT berada di landasan yang betul untuk menyiapkan hampir 5,000 unit rumah dalam tempoh 100 hari.

"Hari ini kita telah menyerahkan 252 kunci (Residensi Kepayang) dan ada banyak lagi di negeri lain.

"Saya yakin dalam tempoh 100 hari pertama, kementerian akan mampu siapkan projek-projek perumahan jadi, kita berada di landasan yang betul," katanya.