Tiga maut, seorang hilang hujan lebat landa New Zealand

Iklan
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas hujan lebat melanda bandar terbesar Auckland. - Foto Reuters

WELLINGTON - Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas hujan lebat melanda bandar terbesar Auckland di New Zealand.

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam pembetung manakala mayat seorang lagi mangsa ditemukan di tempat letak kereta dalam kejadian berasingan.

Iklan
Iklan

Mangsa ketiga maut selepas tanah runtuh menimpa sebuah rumah.

Operasi mencari mangsa keempat yang dihanyutkan air sedang giat dilakukan.

Iklan

Darurat turut diisytiharkan di seluruh Auckland yang memiliki populasi kira-kira 1.6 juta penduduk, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pada Sabtu, Pengurusan Kecemasan Auckland memaklumkan hujan turun sehingga 265 milimeter (mm) di beberapa bahagian bandar itu pada Jumaat.

Iklan

Pasukan bomba telah mengendalikan lebih 2,000 panggilan dan melaksanakan 126 operasi menyelamat, kata pengurus daerah dari Jabatan Bomba dan Kecemasan New Zealand, Brad Mosby.

Sementara itu, tiada penerbangan antarabangsa boleh berlepas atau mendarat di lapangan terbang terbesar negara itu sekurang-kurangnya sehingga Ahad akibat hujan lebat. - Bernama