Pihak berkuasa tidak akan lengahkan siasatan, pendakwaan - PM

Iklan
Anwar (enam dari kiri) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di ibu negara pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pihak berkuasa tidak akan melengah-lengahkan siasatan atau pendakwaan terhadap individu yang terbabit dengan rasuah.

Katanya, bukan menjadi tugas beliau untuk menjalankan siasatan atau pendakwaan.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, Ahli Parlimen Tambun itu percaya pihak berkuasa yang terbabit tidak akan melambat-lambatkan perkara itu.



Bleiau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini pada Sabtu.Dalam pada itu,

Iklan

Anwar menegaskan, pertembungan antara kaum bukan punca sesuatu perniagaan itu tenggelam tetapi sistem korupsi yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

Beliau berkata, kelangsungan orang Melayu diancam oleh sesetengah pemimpin yang tamak dan mencuri dari dana awam.

Iklan

"Ia bukannya dicabar oleh ahli perniagaan Melayu, Cina atau India. Mahupun permintaan dari Sabah dan Sarawak.

"Kelangsungan orang Melayu diancam oleh sistem yang korup, pemimpin negara yang tamak dan mencuri dari dana awam. Kita harus pastikan bahawa kita selamatkan negara ini daripada rasuah.

"Saya bukan lagi bercakap sebagai pemimpin pembangkang, tetapi melihat sendiri kertas kerja dan perkembangan beberapa tahun lalu," katanya.