I-Seed diteruskan dengan peruntukan RM1 juta

Iklan
V Ganabatirau

SHAH ALAM - Program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) diteruskan pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM1 juta.

Exco Ekonomi Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja negeri, V Ganabatirau berkata, bantuan peralatan perniagaan itu akan dapat membantu lebih ramai usahawan India untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah peruntukan untuk program I-Seed dikekalkan seperti mana tahun lalu dan disalurkan kepada penerima atau peniaga kategori berpendapatan bawah RM3,000 sebulan yang beroperasi di negeri berkenaan.

"Banyak permohonan diterima pada tahun ini dan mesyuarat jawatankuasa pemilihan akan diadakan pada bulan depan untuk menetapkan agihan bantuan peralatan ini kepada penerima terbabit.

Iklan

"Bagaimanapun pada perancangan awal kita akan cuba pastikan bantuan I-Seed bagi fasa pertama dapat disegerakan sebelum Mei depan,” kata V Ganabatirau kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Program I-Seed dilancar kerajaan Selangor bagi meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang mereka usahakan.

Iklan

Antara syarat kelayakan adalah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun, individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.

Selain itu, perniagaan perlu aktif dan konsisten, pemohon atau pasangan suami atau isteri tidak pernah terima bantuan peralatan di bawah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor atau program Dana Usahawan Mikro Selangor.