Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal

Iklan
Pergaduhan antara pemain JDT dan Levski Sofia yang berlaku pada minit ke-53.

[DIKEMAS KINI] Aksi panas membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan kelab Bulgaria, Levski Sofia menyaksikan perlawanan persahabatan membabitkan kedua-dua pasukan terpaksa ditamatkan lebih awal pada minit ke-54.

Dalam perlawanan di Stadium Jebel Ali Centre of Excellence di Dubai pada Sabtu, JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan itu menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz pada minit ke-24.

Iklan
Iklan

Selepas jaringan tersebut, Levski Sofia bermain dengan aksi lebih agresif untuk mencari gol penyamaan, namun sukar mendapat rentak ekoran kecemerlangan JDT menguasai perlawanan.

Aksi agresif pasukan dari Bulgaria itu berlarutan sehingga terjadinya pergaduhan pada minit ke-53 menyebabkan perlawanan dihentikan seketika sebelum pemain Levski Sofia bertindak keluar padang dan memboikot perlawanan.

Iklan

Pasukan Levski Sofia mendakwa pemain JDT melakukan kekasaran terhadap pemainnya dan pengadil perlawanan dari Serbia gagal mengendalikan aksi dengan baik menjadi punca mereka memboikot perlawanan.

Bagaimanapun, berdasarkan video yang tular di media sosial menyaksikan beberapa aksi kekasaran terlebih dahulu dilakukan oleh pasukan dari Bulgaria itu terhadap JDT sehingga mencetuskan pergaduhan itu.

Iklan