Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li

Iklan
Tengku Razaleigh

GUA MUSANG - Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Iklan
Iklan

"Setiap parti ada disiplin, mesti ada disiplin.

"Seseorang yang tidak ikut tatacara dan cara kerja dan susunan organisasi akan dikenakan disiplin untuk menjaga supaya parti berjalan dengan baik. Apatah lagi dalam keadaan sekarang usaha dijalankan untuk menstabilkan keadaan politik.

Iklan

"Betullah kita menghadapi pemilihan pimpinan parti daripada semua peringkat dan sudah tentu ketua parti akan mengawasi perjalanan parti dan tingkah laku pemimpin sama ada yang menjalankan tugas biasa dan ada yang mempunyai minat untuk mencabar jawatan-jawatan tertentu, sampai ke peringkat tinggi pun.

"Jadi kalau berlaku tindakan seperti yang diumum semalam (Jumaat), tak hairanlah kita. Dan saya percaya benda ni sudah pun diteliti dengan cermat oleh pihak yang bertanggungjawab, termasuk Jawatankuasa Disiplin.

Iklan

"Kalau tidak berpuas hati, boleh buat rayuan. Ini perkara biasa dalam parti politik," kata Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

Beliau itu berkata demikian ketika diminta mengulas isu pemecatan beberapa pimpinan parti selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati, di sini. - Awani