Rusia dakwa 14 maut, 24 cedera serangan di Hospital Luhansk

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

MOSCOW - Kementerian Pertahanan Rusia pada Sabtu mendakwa 14 orang terbunuh manakala 24 lagi cedera dalam serangan tentera Ukraine ke atas sebuah hospital di wilayah Luhansk yang dikuasai Rusia.

Kementerian itu mendakwa, serangan dilakukan menggunakan roket HIMARS buatan Amerika Syarikat (AS) dan sengaja menyasarkan infrastruktur awam di Novoaidar.

Iklan
Iklan

"Serangan peluru berpandu yang disengajakan ke atas kemudahan perubatan awam adalah jenayah perang besar.

"Semua individu yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan jenayah ini akan dijejaki dan diminta bertanggungjawab,” lapor Agensi Anadolu memetik kementerian itu.

Iklan
Iklan

Selain hospital, enam kediaman turut rosak terkena serangan. - Bernama