KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga peguam, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.
Menerusi ciapan di Twitter rasmi, Anwar mendoakan semoga urusan keluarga mendiang dipermudahkan serta mendoakan keluarga kuat dan cekal menghadapi khabar duka berkenaan.