Terbuka Australia: Sabalenka akui tak tidur lena

Iklan
Aryna Sabalenka - Foto: AFP

JUARA baharu Terbuka Australia, Aryna Sabalenka mengakui tidak dapat tidur lena selepas menjuarai kejuaraan Grand Slam tersebut.

Pemain tenis Belarus itu memenangi gelaran Grand Slam pertamanya selepas bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menewaskan Elena Rybakina 4-6, 6-3, 6-4 dalam perlawanan akhir di Arena Rod Laver.

Iklan
Iklan

"Saya masih berasa seperti berada di planet lain dan cuba memahami apa yang baharu berlaku. Namun sepanjang perlawanan saya berusaha mengekalkan ketenangan,” kata Sabalenka yang tersingkir pada pusingan keempat di Melbourne Park tahun lalu.

Aryna Sabalenka muncul juara bahara Terbuka Australia selepas menewaskan Elena Rybakina di Arena Rod Laver.
Iklan

Sabalenka yang dilatih Anton Dubrov bakal berstatus nombor dua dunia pada Isnin selepas pemain berusia 24 tahun itu merangkul kejuaraan tersebut.

Iklan