Petisyen PRU15: Bantahan awal Abdul Hadi didengar esok

Iklan
Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Bantahan awal Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan dua yang lain terhadap petisyen oleh calon-calon Barisan Nasional (BN) akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin dan Selasa ini.

Selain Ahli Parlimen Marang itu, dua lagi pihak ialah Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Amzad Hashim.

Iklan
Iklan

Bantahan itu akan didengar secara berasingan oleh tiga Hakim Pilihan Raya secara terbuka dan dalam talian, Zoom.

Permohonan bagi Abdul Hadi akan didengar pada jam 10 pagi, Isnin oleh Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani dan diikuti bantahan Alias pada jam 2.30 petang, secara Zoom oleh Hakim, Datuk Mohamad Abazafree.

Iklan

Bantahan Ahmad Amzad juga akan didengar secara dalam talian keesokan hari oleh Hakim, Datuk Seri Firuz Jaffril.

Pada 16 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Iklan

Petisyen melibatkan tiga kawasan itu difailkan pada 3 Januari, mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada PRU15, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mewakili BN serta tiga calon lain yang bertanding di kerusi Parlimen Kemaman, tewas kepada calon Pas, Che Alias Hamid yang menang dengan majoriti 27,179 undi.

Abdul Hadi pula mengekalkan kemenangannya di Marang dengan majoriti 41,729 undi, manakala Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang Datuk Amzad Hashim (Pas) yang memperoleh majoriti 40,907 undi menewaskan tiga calon lain.