SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan lima negeri sehingga jam 9 malam pada Ahad.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu melibatkan negeri Perak meliputi kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar manakala Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Tengah serta Seberang Perai Selatan.
Iklan
Iklan
Selain itu, amaran juga dikeluarkan bagi negeri Sarawak membabitkan kawasan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga) dan Bintulu.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan MetMalaysia pada Ahad.
Artikel Berkaitan