Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara

Iklan
Fahmi Zainol

SHAH ALAM - Pengalaman, bakat dan ruang yang ada pada Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar sebelum ini dapat diguna pakai bagi membantu membangunkan negara dari segi ekonomi dan kewangan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Fahmi Zainol berkata, Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Iklan
Iklan

"Kami berharap agar Nurul Izzah, Ketua Cabang Permatang Pauh merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan ruang dan peluang ini sebaik mungkin dalam usaha yang membantu masyarakat dan negara ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

"Kami anak muda Permatang Pauh menyambut baik dan bangga dengan pelantikkan ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Ahad.

Iklan

Pada Ahad, Nurul Izzah mendedahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi wawancaranya bersama The Star, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu bahawa pelantikannya berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Iklan

Beliau dalam masa sama berharap agar pengalamannya sebagai ahli Parlimen sebelum ini, menumpukan dalam isu kemiskinan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) selain perkhidmatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan memberi manfaat padanya.