Dunia kutuk tindakan Israel bunuh penduduk Palestin

Iklan
Penunjuk perasaan berkumpul di Amman, Joran sambil melaungkan sokongan terhadap Palestin. - AFP

RIYADH - Arab Saudi beri amaran mengenai situasi ketegangan antara Palestin dan Israel selepas serangan maut terhadap rumah ibadat di Baitulmaqdis bakal membawa malapetaka kepada keamanan di wilayah sedang bergolak itu, lapor Arab News.

"Kerajaan mengecam pihak tertentu yang mensasarkan orang awam secara membabi buta dan menggesa keganasan dihentikan serta menghidupkan semula proses damai dan menamatkan penjajahan haram," kata Kementerian Luar Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, pemimpin dunia senada mengecam keganasan melampau Israel dan menggesa supaya keadaan kembali tenang selepas beberapa siri insiden di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Semasa serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin pada Khamis lalu telah mengorbankan sembilan penduduk Palestin. Ia kemudian disusuli tembakan maut di luar rumah ibadat di Baitulmaqdis pada Jumaat dan serangan bersenjata seorang budak lelaki Palestin berusia 13 tahun yang mencederakan dua orang pada Sabtu.

Iklan

Susulan serangan tersebut, Oman mengutuk semua bentuk keganasan yang mensasarkan orang awam sehingga menjejaskan keselamatan dan kestabilan di rantau ini.

Mesir pula berkata, pihaknya 'mengutuk sekeras-kerasnya' serangan di di rumah ibadat dan mana-mana serangan terhadap orang awam.

Iklan

Manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan dan semua keganasan yang bertujuan menjejaskan keselamatan dan kestabilan orang awam.

Malah, Kementerian Luar Rusia, menggesa agar sekatan maksimum dilaksanakan terhadap Israel dan Palestin bagi meredakan ketegangan kemuncak ketika ini.

"Kami melihat perkembangan peristiwa ini bakal mencetuSkan perkara lagi buruk. Justeru, kami menggesa semua pihak mencegah ketegangan semakin meningkat,"katanya. - Agensi