Rapid KL lanjut perkhidmatan LRT, Monorel pada waktu puncak

Iklan
Perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dan Monorel dilanjutkan pada waktu puncak pagi dan petang bermula Isnin.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Rapid KL akan melanjutkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dan Monorel pada waktu puncak pagi dan petang bermula Isnin.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, langkah itu diambil susulan gangguan perkhidmatan di antara dua stesen iaitu LRT Bandaraya dan LRT Masjid Jamek sejak Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, operasi waktu puncak akan dilanjutkan dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi berbanding jadual asal iaitu jam 7 pagi hingga 9.30 pagi.

"Bagi waktu puncak petang pula, (operasi) akan dipanjangkan dari jam 4.30 petang hingga 8.30 malam berbanding jadual asal iaitu 5 petang hingga 7.30 malam.

Iklan

"Lanjutan operasi waktu puncak ini untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen rel khususnya di stesen pertukaran LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Hang Tuah," katanya menerusi kenyataan akhbar pada Ahad.

Ujar kenyataan itu, bilangan bas perantara percuma juga akan ditambah kepada 34 unit bas dengan kekerapan 10 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Iklan

"Bagi melancarkan perjalanan dan pergerakan penumpang, Rapid KL juga akan menambah bilangan kakitangan sokongan bagi mengawal dan membantu penumpang yang memerlukan bantuan di stesen-stesen rel.

Pada Jumaat, Rapid Rail memaklumkan operasi perkhidmatan LRT Laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran Stesen LRT Bandaraya.

Keputusan untuk menghentikan perkhidmatan di antara dua stesen tersebut dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan.