Fahmi nafi arah RTM 'gam' tiga MB PN

Iklan
Fahmi Fadzil - Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan sebuah hantaran tular yang mendakwa beliau mengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk ‘gam’ sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN).

Fahmi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan hantaran tersebut di media sosial.

Iklan
Iklan

"Fitnah. Saya akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah ini,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Sabtu.

Pada Sabtu, tular sebuah hantaran yang mendakwa bahawa Fahmi mengarahkan RTM supaya tidak menyiarkan sebarang berita membabitkan tiga Menteri Besar daripada PN.

Iklan

Hantaran tersebut turut mendakwa tindakan ‘gam’ individu-individu tersebut berikutan tindakbalas terhadap kelantangan Menteri Besar Kedah yang mengkritik Fahmi dan menteri.

Selain itu, hantaran itu juga mendakwa wartawan-wartawan untuk media organisasi berkenaan dibenarkan membuat liputan terhadap ketiga-tiga Menteri Besar terbabit namun bahan berita tersebut tidak disiarkan.

Iklan