'Liverpool tak cukup bagus musim ini' - Robertson

Iklan
Robertson menyifatkan Liverpool tidak berada pada prestasi terbaik. -Foto AFP

PERTAHANAN The Reds, Andrew Robertson menyifatkan Liverpool tidak cukup bagus musim ini dan bermain teruk selepas tamat kejohanan Piala Dunia.

Robertson mengetuai skuad ketika menentang Brighton yang menyaksikan jaringan minit akhir Kauro Mitoma menyingkirkan juara bertahan Piala FA itu pada pusingan keempat.

Iklan
Iklan

Liverpool mendahului menerusi Harvey Elliot sebelum Lewis Dunk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama dan Mitoma kemudiannya mengesahkan kemenangan Brighton 2-1 dengan jaringan pada minit akhir perlawanan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu telah terkeluar daripada kedua-dua piala domestik dan hanya menduduki tempat kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris selepas memenangi hanya lapan daripada 19 perlawanan pembukaan liga utama mereka.

Iklan

"Dalam liga, kami belum cukup bagus dan kini kami terkeluar daripada kedua-dua piala," katanya.

Musim lalu, Liverpool gagal dalam cubaan mereka meraih quadruple selepas tewas perlawanan akhir Liga Juara-Juara kepada Real Madrid dan menyaksikan Manchester City memastikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada hari terakhir musim ini, walaupun mereka menjulang Piala FA dan Piala EFL.

Iklan

Penjualan Sadio Mane ke Bayern Munich dan peranan Roberto Firmino yang semakin merosot selain Mohamed Salah telah gagal mencapai tahap sepatutnya selepas menjaringkan hanya sembilan gol dalam 19 perlawanan liga.

Manakala, Luis Diaz pula mengalami kecederaan selepas kempen pertama yang memberangsangkan di Anfield dan pemain yang ditandatangani Darwin Nunez dan Cody Gapko masih gagal menjelmakan aksi yang diharapkan.

"Ia benar-benar mengecewakan. Anda boleh nampak kami tidak begitu yakin di depan gol dan pertahanan kami masih agak terbuka di kawasan tertentu.

"Kami perlu mencuba dan mendapatkan semula keyakinan. Ia lebih mudah diucapkan daripada dilakukan tetapi itulah satu-satunya cara kami boleh cuba mencari kemenangan," katanya.