BEIJING - Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan Kaunti Shaya di Wilayah Aksu di barat laut Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, pada 7.49 pagi Isnin (waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
Menurut Xinhua, pusat gempa dipantau pada 40.01 darjah utara dan 82.29 darjah bujur dengan kedalaman 50 kilometer. - Bernama