Kenapa Mood Republik buat jualan raya 72 jam tanpa henti

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif MR, Kimi Iskandar Ismail bersama jemputan artis dan usahawan dalam sidang media Mood Republik Raya untuk mempromisikan "Boxing Day" Mood Republik Raya yang bakal berlangsung di MiTEC,Kuala Lumpur

MOOD Republik Raya KL Fest 2019 meneruskan tradisi menghimpunkan lebih 497 jenama fesyen dan kecantikan popular tanah air selama 72 jam tanpa henti mulai 24 hingga 27 Mei depan.

Selepas enam tahun berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), festival fesyen dan kecantikan itu buat kali pertama akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Mood Republik, Kimi Iskandar Ismail berkata, perubahan lokasi itu adalah satu dimensi ke arah menjadikan MITEC sebagai rumah baharu.

"Isu parkir yang sebelum ini menjadi masalah kepada jutaan pengunjung menjadi perhatian kami setiap tahun. Kerana itu dalam program kali ini lebih 4,000 ruang parkir tersedia memandangkan MITEC terletak bersebelahan Kompleks Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dekat Sri Hartamas.

Iklan

"Malah kedudukan MITEC amat strategik dengan kemudahan jaringan jalan raya dan lebuh raya utama terus ke lokasi ini memudahkan pengunjung ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi wawancara khas bersama Sinar Harian sempena majlis pelancaran Mood Republik Raya KL Fest 2019 di Hotel Westin di sini, semalam.

Iklan

Selain itu, MITEC juga menjalin kerjasama dengan Grab Malaysia serta Rapid bagi memudahkan perjalanan festival kali ini. Katanya, Rapid akan mengambil dan menghantar pengunjung dari stesen LRT Semantan ke MITEC sepanjang festival berlangsung secara percuma.

"Statistik menunjukkan lebih 70 peratus pengunjung hadir ke Mood Republik dari jam 10 malam hingga jam 6 pagi. Majoriti mereka ini datang dengan kenderaan masing-masing."Hasil kajian yang dibuat pula menunjukkan 77 peratus responden memilih untuk tidak hadir ke Mood Republik kali kedua kerana jalan raya sesak dan ruang parkir terhad. Jadi pemilihan MITEC bertepatan dalam usaha kita mengatasi masalah ini,” katanya.

**media[275775] Himpun selebriti popular

Mood Republik Raya KL Fest 2019 merupakan satu-satunya festival yang menghimpunkan jenama besar dan eksklusif di bawah satu bumbung.

Kimi Iskandar berkata, tahun ini lebih 497 jenama besar tanah air yang majoritinya dimiliki usahawan Bumiputera terlibat. Turut memeriahkan festival adalah selebriti dan artis terkenal yang membawa jenama masing-masing.

"Mood Republik telah membantu lebih 10,000 usahawan aktif sejak 2014 dan menerima lebih 10 juta pengunjung dengan transaksi jualan melebihi RM500 juta. Tahun ini kita sasarkan jualan RM100 juta membabitkan kirakira 1,000 usahawan dengan 3.3 juta pengunjung.

"Tahun ini, kami membawakan kelainan dan menjalin kerjasama dengan jenama fesyen terkenal, ikon berpengaruh media sosial dan mereka yang terlibat dalam industri kecantikan di negara ini. Mereka inilah yang sentiasa menyokong dan membantu kami sejak hari pertama Mood Republik diperkenalkan,” katanya.

Katanya, 2019 menyaksikan program itu bekerjasama dengan pemilik dan pengasas Leeyana Rahman, Elrah Exclusive, CalaQisya, Minaz, Jubah Souq, Sugarscarf, Radiusite, Shawl Publika, Lily Petuna, Ashh & Annas, Tudung Ruffle dan Jannah Joe.

Ikon berpengaruh media sosial terlibat termasuk Asyallie (Lovelie), Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina (Ainaa Beauty), Datuk Alha Alfa (Alha Alfa Cosmetics), Adira Salahudi (Secret of Adira) dan banyak lagi.

Antara selebriti yang turut menggegarkan Mood Republik kali ini ialah jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Datuk Seri Vida), Rozita Che Wan, Nur Fazura, Fattah Amin, Emma Maembong, Zoey Rahman, Mira Filzah, Janna Nick, Scha Al Yahya dan ramai lagi.

"Mereka ini bukan kali pertama bersama kita. Mereka mempunyai pengaruh dan jutaan pengikut yang tinggi di media sosial. Kami sendiri melihat bagaimana perkembangan perniagaan mereka bersama Mood Republik.

"Tahun ini juga adalah tahun kedua termeterainya perjanjian eksklusif antara selebriti premium di bawah label hab fesyen terbesar Starvillion,” katanya.

Katanya, seramai 20 selebriti premium bakal bersama antaranya Wak Doyok, Engku Hariz, Jihan Muse, Khai Bahar, Mia Sara, Zahirah Mac Wilson, Sherry Al Hadad, Farah Nabilah, Hisham Hamid, Nelydia Senrose, Kamal Adli dan Rizman Ruzaini.

Selain itu, festival kali ini turut menampilkan ikon fesyen terkenal Hatta Dolmat, Ezuwan Ismail dan Datuk Jovian Mandagie.

**media[275777] Kelainan Mood Republik

Kimi Iskandar berkata, Mood Republik Raya KL Fest 2019 kali ini menampilkan pengacara selebriti iaitu Sharifah Shahira, Raja Azura, Zulin Aziz serta Ah Fad.

"Pada penganjuran kali ini juga, tradisi hujan duit tidak lagi diadakan tetapi digantikan dengan pemberian sampul duit raya dan baucar tunai berjumlah lebih RM50,000 di samping diskaun sehingga 80 peratus.

"Kami percaya dengan kepakaran kempen pemasaran yang agresif, disokong lebih 10 juta pelanggan, ikon berpengaruh dan penaja, ia bakal menggamatkan negara dengan festival raya premium yang ditunggu-tunggu setiap tahun,” katanya.

Sementara pada majlis pelancaran itu juga diumumkan barisan penajaan iaitu Affin Bank, rakan jalur lebar rasmi Unifi dan rakan media, Astro selain kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Selain Kuala Lumpur, Mood Republik Raya KL Fest 2019 juga akan diadakan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan pada 10 dan 11 Mei; Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang (1 dan 2 Jun) dan di Pusat Konvensyen dan Hotel Tabung Haji Alor Setar, Kedah pada 31 Mei dan 1 Jun.