Polis tahan lelaki tular berkelakuan tidak senonoh

Iklan
Polis berjaya menahan seorang lelaki selepas video aksi tidak senonoh lelaki berkenaan ditularkan di Facebook.

-

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki berusia 50-an dalam tempoh 24 jam selepas aksi tidak senonohnya tular di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, penahanan itu susulan video tular mengenai lelaki dewasa itu yang dikongsikan di media sosial semalam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis menahan individu terbabit pada jam 6.15 petang dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Tinggi pagi ini untuk permohonan reman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Polis mengucapkan terima kasih atas pemberi maklumat sehingga membolehkan tangkapan dibuat segera,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1.29 minit itu pada awalnya memaparkan lelaki memasuki sebuah premis di Kota Tinggi dan cuba menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di situ.

Iklan

Lelaki yang memakai topi keledar, berbaju putih dan berseluar pendek dilihat beberapa kali cuba mendekati wanita yang enggan menghampirinya.

Wanita berkenaan kemudian membuat panggilan kecemasan dan meninggalkan premis berkenaan.