Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Mohd Shahril Nizam Mat Ali (kiri) bersama Pengawas Hutan Mat Shafie Omar mengukur bunga Pakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia di Hutan Simpan Tembat, Jenagor dekat sini, baru-baru ini.
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan mewartakan sebahagian Hutan Simpan Tembat dalam usaha memelihara habitat bunga tersebut dan memastikan kelestarian habitat dan ekosistem di sekitar bunga Pakma yang istimewa ini kekal terpelihara daripada sebarang aktiviti manusia.
Pengarahnya, Roslan Rani berkata pihaknya akan mengemukakan kertas kerja berkaitan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk kajian dan penelitian sewajarnya.
Bunga Pakma mula ditemui di sekitar Hutan Simpan Tembat pada 2019 dan sejak itu, ia membiak dengan banyak kerana keadaan perumah yang sesuai dengan pertumbuhannya.
Jenis bunga yang tumbuh di hutan itu adalah daripada spesies Rafflesia Cantleyi, iaitu yang terbesar, cantik serta jarang ditemui.