Kes kusta di Malaysia meningkat

Iklan
Dr Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA - Kes penyakit kusta baharu di Malaysia mencatatkan peningkatan iaitu daripada 142 kes pada tahun 2021 kepada 164 kes tahun lepas, yakni peningkatan sebanyak 15.5 peratus, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Menurutnya pada tahun 2020, bilangan kes kusta di Malaysia adalah sebanyak 181 kes.

Iklan
Iklan

Zaliha dalam kenyataan pada Isnin berkata, peningkatan itu adalah hasil dari pengesanan kes secara aktif di lokaliti endemik yang dilakukan oleh anggota kesihatan di peringkat daerah.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan kekal komited dalam menangani permasalahan kusta menerusi aktiviti kawalan dan pencegahan bersasar kepada golongan berisiko, yang dilakukan di peringkat lokaliti dan daerah.

Iklan

"Antaranya adalah menerusi saringan kulit terhadap komuniti melalui pengesanan kes secara aktif, dan kontak rapat juga dikenal pasti serta disaring di klinik mengikut garis panduan sedia ada,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Kusta Sedunia 2023 semalam yang bertema ‘Bertindak Sekarang: Hapuskan Kusta’.

Katanya, di peringkat global penyakit kusta menunjukkan peningkatan kes pada iaitu daripada 128,405 kes baharu pada tahun 2020 kepada 140,594 kes pada tahun 2022, yakni peningkatan sebanyak 10.2 peratus.

Zaliha berkata, komuniti berisiko seperti kontak rapat dan individu yang menetap di lokaliti endemik perlu segera ke klinik apabila mula menunjukkan tanda awal kusta iaitu tompok putih atau merah tembaga di kulit yang tidak gatal.

Iklan

"Mereka yang tidak dikesan awal atau tidak mengambil rawatan, berdepan komplikasi kecacatan fizikal kekal. Jadi sangat penting untuk semua individu dan ahli keluarga serta masyarakat memainkan peranan masing-masing dan memberi galakan kepada pesakit kusta agar meneruskan rawatan sehingga sembuh,” katanya.

Penyakit kusta merupakan penyakit berjangkit tertua selain penyakit tibi yang kronik, dan boleh menjangkiti kontak rapat melalui pernafasan apabila rembesan di udara yang mengandungi bakteria ‘Mycobacterium leprae’ dilepaskan ketika pesakit tidak dirawat batuk atau bersin.

Sejak empat dekad lepas, 18 juta pesakit kusta di dunia telah dirawat dengan pemberian ‘World Health Organisation Multridrug Theraphy’ (WHO-MDT) sehingga sembuh, dan ia secara langsung mengurangkan kadar prevalen kusta di dunia lebih 95 peratus.

Hari Kusta Sedunia disambut pada hari Ahad terakhir bulan Januari setiap tahun, bagi memperingati mereka yang terkesan akibat penyakit itu dan memberi kesedaran bahawa kusta masih wujud dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam memastikan kelestarian dan kesejahteraan hidup pesakit diteruskan. - Bernama.