KOTA KINABALU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa proses untuk mengambil tindakan mesti dilakukan oleh Lembaga Disiplin parti sebelum diserahkan kepada Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan.
Ahmad Zahid berkata demikian bagi memberi respons berkenaan tindakan yang akan diambil oleh UMNO terhadap empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) yang baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
"Jadi kaedah penyelesaiannya, kita mempunyai lembaga disiplin jadi dalam tempoh proses itu mesti dilakukan oleh lembaga disiplin baru diserahkan kepada Majlis Tertinggi untuk melakukan keputusan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Sabah di bangunan UMNO Sabah, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap kesemua ADUN UMNO yang menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru-baru ini.
Ia susulan tindakan UMNO yang melakukan 'pembersihan' dalam parti pada Jumaat lalu membabitkan beberapa nama besar dipecat dan digantung keahlian selama enam tahun.
Ditanya adakah UMNO dalam dilema untuk mengambil tindakan terhadap kesemua ADUN berkenaan, beliau berkata, perkara itu memang jelas namun tindakan perlu dilakukan dengan adil.
"Tiada dilema langsung, perkara itu sangat jelas tetapi tindakan perlu dilihat sebagai adil dan parti perlu dilihat adil terhadap semua ahlinya," katanya.
Sebelum itu, difahamkan hanya empat ADUN UMNO dikaitkan dengan perkara itu iaitu Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut).
Sementara itu, seorang lagi ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dikatakan masih belum diluluskan keahliannya dalam UMNO.
Bagaimanapun, kemelut politik di Sabah yang berlaku baru-baru ini menyatakan kelima-lima ADUN UMNO berkenaan mengambil pendirian untuk terus menyokong kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.
Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan timbalannya, Datuk Yakub Khan.