SHAH ALAM- Kedudukan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor masih berisiko walaupun bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) jika masih terus mengharapkan kepada kawasan majoriti Melayu.
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, walaupun UMNO dan BN berpeluang menjadi kerajaan dengan kerjasama itu, apa yang menjadi kebimbangan besar adalah berapa jumlah kerusi yang akan dimenangi parti keramat itu.
Iklan
Iklan
"Pada pandangan peribadi saya, bila bekerjasama dengan PH ini, memang UMNO atau BN berpeluang jadi kerajaan. Tetapi berapa banyak kerusi UMNO boleh menang? Kalau menang dua, tiga kerusi, pada akhirnya kita akan menjadi melukut di tepi gantang.
"Bila UMNO bersama DAP, saya bimbang dengan semangat Mat Kilau masih membara lagi, silap hari bulan, yang dulunya kawasan majoriti Melayu yang menjadi kubu kuat UMNO selama ini, mungkin akan berubah,” katanya.
Beliau berkata demikian Ketika menjadi tetamu program Sinar Live bertajuk Dipecat UMNO: Lawan atau Move On? yang dikendalikan hos, Hazwan Mokhtar dan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.
Artikel Berkaitan