BEIJING - Tujuh pelanggan di sebuah restoran di bahagian timur China terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tersilap minum cecair pencuci yang disangkakan minuman jus, lapor South China Morning Post (SCMP).
Dalam kejadian yang berlaku di Zhejiang pada 16 Januari lalu, seorang pelanggan sedang menjamu selera di restoran itu bersama keluarga dan rakan-rakannya apabila seorang pelayan menghidangkan sebotol minuman yang disangka jus buah-buahan.