Valencia, Gattuso berpisah cara baik

Iklan
Gattuso

VALENCIA mengumumkan perpisahan bersama pengendali Gennaro Gattuso dengan persetujuan bersama selepas lebih tujuh bulan pelantikannya, kata kelab La Liga Sepanyol itu.

Valencia berkata, selepas pertemuan panjang antara Gattuso dan pegawai kelab yang menghuni tangga ke-14 liga itu bersetuju untuk menamatkan kontrak Gattuso.

Iklan
Iklan

Valencia berada di tangga ke-14 La Liga dengan 20 mata daripada 18 perlawanan selepas tewas 0-1 kepada Real Valladolid pada Ahad.

Situasi itu menyaksikan jagoan Sepanyol tersebut hanya satu mata di atas zon penyingkiran, setelah memenangi hanya lima perlawanan liga setakat musim ini.

Iklan

Gattuso yang berusia 45 tahun, dahulunya pemain tengah yang agresif dengan AC Milan dan Itali, juga pernah mengendalikan Milan dan Napoli, meninggalkan kelab Naples itu pada penghujung musim 2020-21.

Gattuso menyertai Valencia dalam keadaan bergolak apabila para penyokong menuntut pelaburan daripada pemilik Peter Lim, yang membeli kelab itu pada 2014.

Iklan

Valencia sejak itu mempunyai beberapa jurulatih termasuk Nuno Espirito Santo, Gary Neville, Pako Ayestaran, Cesare Prandelli, Marcelino, Albert Celades, Javi Gracia dan Jose Bordalas.

Voro Gonzalez, bekas pemain pertahanan dan jurulatih akademi kelab, akan mengambil alih sebagai pengurus sementara Valencia mencari pengganti baharu untuk kali ke lapan.