Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok (1 Februari). (Gambar hiasan) - Foto 123rf

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok (1 Februari).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6.45 pagi ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku sehingga Rabu di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu).

Iklan
Iklan

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah pada Selasa. - Bernama