Eriksen mungkin terlepas aksi United, Forest

Iklan
Eriksen (kiri) mengalami kecederaan kaki selepas dikasari Carroll pada pusingan keempat Piala FA hujung minggu lalu. Foto Agensi

PEMAIN sensasi Manchester United, Christian Eriksen mungkin terlepas aksi separuh akhir kedua Piala Liga menentang Nottingham Forest di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.

Eriksen mengalami kecederaan pergelangan kaki selepas dibentes Andy Carroll pada pusingan keempat Piala FA berdepan Reading, hujung minggu lalu.

Iklan
Iklan

Perancang utama itu dilihat menggunakan topang ketika keluar dari stadium yang mencetuskan kebimbangan serius mengenai keadaannya.

Kedua-dua pasukan itu akan berentap sekali lagi untuk memburu slot ke Wembley bulan depan dengan skuad Red Devils memiliki kelebihan tiga jaringan daripada aksi pertama.

Iklan

Eriksen adalah pemain utama skuad kendalian Erik Ten Hag dan bermain dalam hampir kesemua aksi sejak menyertai United sebagai ejen bebas pada musim panas lalu.

Dalam pada itu tahap kecergasan Scott McTominay dan Luke Shaw turut diragui untuk pertembungan dengan Forest.

Iklan

Diogo Dalot dan Anthony Martial pula tidak dapat bermain kerana kecederaan manakala Donny van de Beek tidak akan beraksi sepanjang baki musim ini selepas menjalani pembedahan lutut.

Jadon Sancho pula giat berusaha untuk mendapatkan kembali kecergasan selepas diketepikan selama tiga bulan.

Berbekalkan kelebihan besar selepas perlawanan pertama, United mungkin akan menggilirkan kesebelasan utama dengan Harry Maguire yang digantung pada perlawanan pertama boleh diturunkan.